Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Friday, 30 December 2011

Persediaan Solat

Persediaan yang dilakukan untuk bersolat antara yang penting:


  • Berpakaian sopan dan menutup aurat.
    Berwuduk.
  • Duduk di atas tapak solat yang bersih (seperti diatas tikar sejadah) sambil berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
  • Berdiri (bagi mereka yang mampu) dan membaca niat waktu solat.
  •  Iqamat dan membaca ayat Kursi(2:255), Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas (bagi menghalangi syaitan dan jin dari mengganggu solat).
  • Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Syarat Solat

Syarat wajib solat:

    Islam
    Baligh
    Berakal
    Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan


Syarat sah solat

    Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.

    "Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).

    Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
    Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.

    "Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).

    Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.

    "Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).

    Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)


Perkara-perkara yang membatalkan solat

  •     Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  •     Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  •     Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[1]
  •     Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  •     Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
  •     Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  •     Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  •     Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  •     Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  •     Meninggalkan rukun solat.
  •     Murtad

Asas Solat

Perkara yang perlu diketahui dalam mengerjakan Solat secara umum

1 Waktu-waktu solat
2 Syarat wajib solat:
3 Syarat sah solat
4 Perkara-perkara yang membatalkan solat
5 Rukun Solat
6 Perkara-perkara sunat dalam solat
7 Perkara-perkara makruh semasa solat
8 Persediaan sebelum menunaikan solat
9 Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat

Monday, 26 December 2011

Rukun Solat

Rukun solat ada 13 perkara wajib dilakukan.

1. Berniat melakukan solat kerana Allah.
2. Berdiri Tegak
3. Takbirratul Ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk diantara 2 sujud
9. Duduk Tahayat akhir
10. Membaca Tahayat akhir
11. Selawat atas nabi pada Tahayat akhir
12. Salam
13. Tertib


Rukun Solat di bahagi kepada 3 iaitu Rukun Hati, Perbuatan dan Percakapan. Persiapan untuk medirikan solat, pembersihan diri dan hati perlu dilakukan. Pembersihan hati dengan memperbanyak beristifar daripada dosa yang dilakukan di antara satu-satu solat.

Mungkin kita rasa kita tidak melakukan kesalahan, tapi manusia tidak sunyi dari melakukan dosa tanpa disedari. Tanda manusia masih melekat dosa pada diri ialah merasa berat hendak medirikan solat. Pembersihan batin hendaklah diiringi dengan kebersihan zahir iaitu dengan menyucikan badan, pakaian dan tempat solat.Ini adalah kebersihan dari kotoran yang dapat dilihat. Pembersihan yang tidak dapat dilihat ialah mengakat hadas besar dan hadas kecil

Sunday, 4 December 2011

Pengertian Solat

Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman:“ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”

Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:

“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”