Terdapat banyak kesalahan dalam bacaan solat terutamanya Imam dalam solat berjemaah. Bagaimana perkara ini dapat ditangani. Jelaskan nas dan juga hujah yang dapat menyokong salah bacaan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita.
Adakah solat diterima atau tidak?
Bincang dengan menjawab dalam ruangan komen di bawah
bagi saya solat tidak susah dan jangan disusah-susahkan. jika kita lihat, ada beberapa peringkat bacaan. oleh itu, menjadi tanggungjawab individu untuk memperbaiki bacaan.
ReplyDeleteimam perlulah dipilih dari kalangan orang yang terbaik bacaan al-qurannya. jangan kerana dengki, menyampah, dan sebagainya menghalang seseorang itu untuk damanahkan sebagai imam solat.
jika nak dilihat kita fokus di negeri johor, kerajaan johor telah berusaha membuka kelas al-quran serta memberi elaun kepada para guru al-quran agar orang yang kurang baik bacaannya dapat belajar dan memperbaiki bacaan mereka. soal usia bukan faktornya. tak kira tua atau muda mereka harus belajar memperbaiki bacaan mereka.
untuk solat peribadi ada pelepasan untuk mereka jika sudah belajar tetapi masih tidak dapat memperbaiki bacaan mereka. tetapi untuk para imam tiada langsung pelepasan. jika tidak mampu untuk memperbaiki harus dipilih orang lain untuk menggantikan mereka.
bacaan yang sangat wajib dibaca dengan bertajwid ialah lafaz takbiratul ihram, bacaan fatihah, bacaan tahyat akhir dan lafaz salam serta tartib 13 rukun solat. jika bacaan ini tidak sempurna maka solatnya tidak sah. ini bacaan rukun. hal ini kecuali solat seorang diri. semua umat islam wajib memperbaiki sekurang-kurangnya bacaan yang saya sebutkan di atas.
memang sengaja saya tidak sertakan nas. ini sekadar ingin mengajak kesemua pembaca blog ini berfikir sejauh mana solat kita sempurna secara yang paling minima. sekian.
terima kasih atas komen yg diberi,imam sentiasa dipandang mulia dan tinggi lebih2 lagi jika didada penuh ilmu menggunung..cantik pula bacaannya, tapi tidak ramai yg menceburinya..
Deletebagi orang ramai yang beragama Islam pula,memandang remeh tentang solat 5 waktu ni,kekadang mereka mengatakan, solat susah, masa tak cukup dll, tetapi tak mahu belajar...tidak tahu kenalah belajar. Penbelajaran Sepanjang Hayat.
jaga yang WAJIB,buat yang SUNAT,hati2 dengan yang MAKRUH dan elakkan yang memBATALkan Solat ,insyallah sempurnalah solat.
sebab tu nak lantik imam, ialah imam yang faqih... kalau silap pun sangat minimum... bukan hanya dilihat dari segi luaran, kalau pakai serban jubah; ni mesti hebat orang berkenaan... kenelah tanya ilmunya dahulu sebelum lantik imam...
ReplyDeleteimam tu jadi contoh kepada makmum/pengikut...peribadi diri dalaman dan luaran pasti menjadi perhatian, apatah lagi ilmunya..menjadi tmpat rujukan dan pertanyaan penduduk setempat.,tak cukup kalau setakat cantik pd pakaian/luaran sahaja..
Deleteassalamualaikum.
ReplyDeletedalam bab agama ni. sebagai hamba Allah yang mengaku ISLAM hendaklah menuntut ilmu dengan berguru agar setiap yang dilakukan tidak salah dan menepati kehendak syara.....
waalaikumsalam..
Deleteya begitulah hendaknya..kita aebagai HAMBANYA.
solat menjadi tiang agama dan kekuatan diri setiap hamba
ReplyDeletesolat merupakan nadi dalam ibadah...org yang bersolat denga sempurna maka akan lahirlah insan yang berperibadi mulia insyaAllah...aminnn
ReplyDelete